Friday, January 2, 2009

KES 1: KEMISKINAN TEGAR NELAYAN TELUK MARUDU

Latar Belakang Kes:

SAYA mengetahui kes ini melalui kisah benar menangani kes pelajar yang sering tidak hadir di sekolah dan akhirnya berhenti sekolah. Maklumat yang saya paparkan ini hasil temubual dengan pelajar dan membuat kajian di lapangan disamping maklumat hasil risikan dengan penduduk kampung.

Maklumat Asas Keluarga Miskin.

* Bangsa : Bajau
* Kampung : Taritipan, Tandek, Kota Marudu, Sabah
* Masalah : Keluarga ini mempunyai ramai anak kecil dan remaja. Paling tinggi sekolah anaknya cuma tingkatan 3. Yang lain tidak tamat tingkatan 3 terpaksa berhenti atas banyak alasan yang tidak perlu saya nyatakan di sini (kita boleh mengertilah sendiri kan?). Prestasi akademik anak-anak keluarga ini sememangnya lemah dan tidak bermotivasi untuk belajar/bersekolah.
* Kemahiran : (Bapa) berkemahiran sebagai nelayan.
* Limitasi kerjaya: Tidak mempunyai wang untuk mendapatkan sampan, enjin, pukat dan modal pusingan (minyak) dan sebagainya.

Tugasan kita: Apakah cara-cara yang praktikal untuk membantu keluarga miskin ini? Anda boleh memikirkan dalam banyak aspek misalnya bantuan pendidikan, khidmat nasihat dan sebagainya. Beri pandangan anda dalam ruangan komen.

4 comments:

  1. Kalau diteliti masalah ini, memang cukup rumit. Berdasarkan pepatah setiap masalah pasti ada penyelesaiannya atas alasan itulah saya tampil memberi idea yang tak seberapa.. Kebetulan saya first follower.. Pandangan saya:
    -Memandangkan kemahiran bapanya adalah sebagai nelayan, adalah lebih elok diusahakan keatasnya permohonan pinjaman untuk nelayan di Agro Bank. Untuk tujuan itu,perlu sokongan dari segi membuat proposal untuk pinjaman dan taklimat ringkas untuk si Nelayan itu mengenai pinjaman yang disarankan. Kenapa pinjaman? Memandangkan limitasi kerjaya tidak mampu mendapatkan enjin, pukan dan modal pusingan(minyak, wajarlah pinjaman keatasnya. Kerana dengan adanya pinjaman Si Bapa/Nelayan tersebut akan dapat memperolehi kelengkapan sebagai nelayan.

    -Pengalaman mengenai pinjaman di Agro Bank??
    Ramai warga nelayan di KM khususnya telah berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM25,000 setiap seorang nelayan terpilih. Terpilih atas dasar memenuhi syarat sebagai peminjam yang boleh di trust oleh Agrobank. Pinjaman tersebut dibayar secara ansuran bulanan kepada Agrobank.

    ReplyDelete
  2. tq ulasan. Bagi saya pandangan sdr memang boleh bantu individu/keluarga miskin tersebut. Guideline yang praktikal.

    Pembaca lain x mau kongsi ideakah? Rukut-rukut bh kita yuuu...

    ReplyDelete
  3. arahkan individu tersebut jumpa pegawai kebajikan masyarakat kota marudu untuk khidmat nasihat dan mana yang perlu

    ReplyDelete
  4. Bagaimana sudah keadaan keluarga miskin ini sekarang, sudahkah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan KM?

    ReplyDelete