Friday, January 2, 2009

KES 1: KEMISKINAN TEGAR NELAYAN TELUK MARUDU

Latar Belakang Kes:

SAYA mengetahui kes ini melalui kisah benar menangani kes pelajar yang sering tidak hadir di sekolah dan akhirnya berhenti sekolah. Maklumat yang saya paparkan ini hasil temubual dengan pelajar dan membuat kajian di lapangan disamping maklumat hasil risikan dengan penduduk kampung.

Maklumat Asas Keluarga Miskin.

* Bangsa : Bajau
* Kampung : Taritipan, Tandek, Kota Marudu, Sabah
* Masalah : Keluarga ini mempunyai ramai anak kecil dan remaja. Paling tinggi sekolah anaknya cuma tingkatan 3. Yang lain tidak tamat tingkatan 3 terpaksa berhenti atas banyak alasan yang tidak perlu saya nyatakan di sini (kita boleh mengertilah sendiri kan?). Prestasi akademik anak-anak keluarga ini sememangnya lemah dan tidak bermotivasi untuk belajar/bersekolah.
* Kemahiran : (Bapa) berkemahiran sebagai nelayan.
* Limitasi kerjaya: Tidak mempunyai wang untuk mendapatkan sampan, enjin, pukat dan modal pusingan (minyak) dan sebagainya.

Tugasan kita: Apakah cara-cara yang praktikal untuk membantu keluarga miskin ini? Anda boleh memikirkan dalam banyak aspek misalnya bantuan pendidikan, khidmat nasihat dan sebagainya. Beri pandangan anda dalam ruangan komen.